Saturday, May 28, 2016

Saloma/Salmah Ismail

Saloma dan P Ramlee pada hari perkahwinan mereka


Salmah Ismail atau nama pentasnya Saloma merupakan isteri ketiga dan juga merupakan isteri terakhir Allayarham Tan Sri P Ramlee.Seorang yang setia dan sentiasa berada di sisinya.Kedua mereka merupakan gabungan dua merpati sejoli kerana saling melengkapkan antara satu sama lain.Mereka berkahiwn pada November,1961 di Tembeling Road Singapore.

Noorizan

P Ramlee dan Noorizan bersama anak anak P Ramlee
Melisa Saila sebagai Noorizan dalam P Ramlee The Musical Theatre.
Noorizan merupakan isteri kedua P Ramlee.Setelah penceraian beliau dan Junaidah P Ramlee kembali sepi dengan tiada nya penyeri rumahtangga.Tapi kesepian ini tidak terlalu lama,setelah P Ramlee membuat persembahan di sebuah panggung wayang di Kuala Kangsar beliau bertemu dengan seorang wanita bernama Noorizan Binti Mohammad Noor.Wanita ini juga merupakan isteri Paduka Seri Sultan Yusoff pada ketika itu. Noorizan amat tertarik dengan lagu lagu ,suara dan dengan P Ramlee sendiri. P Ramlee juga jatuh cinta pada Noorizan seorang wanita yang cantik,feminin dan elegan.Sejak dari perkenalan itu, Noorizan mula menulis surat surat cinta untuk dikirimkan kepada P Ramlee .

Oleh kerana cinta mereka ini terhalang, Noorizan mengirim surat surat secara sulit dan rahsia agar tidak terbongkar kisah cinta mereka. Oleh yang demikian, Noorizan lebih memilih untuk mengirim sendiri surat surat itu ke pejabat pos dari mengirimnya melalui pos pos biasa di tepi jalan. Namun, lama kelamaan hubungan Permaisuri dan P Ramlee akhirnya terbongkar meyebabkan kemurkaan Sultan pada ketika itu. Ramlee dan Noorizan akhirnya berkahwin pada 6 Februari 1955.Namun begitu,perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir penceraian.



Junaidah

Junaidah merupakan isteri pertama P Ramlee.Junaidah juga bekerja di MFP Studio.P Ramlee merupakan seorang yang sangat sensitif dan kagum dengan sifat kewanitaan yang ada pada Junaidah jatuh hati padanya dan melamar Junaidah sebagai isteri pada tahun 1950.Junaidah juga merupakan anak kepada Daeng Harris yang juga merupakan seorang pelakon dan pelawak di MFP Studio pada ketika itu.Daeng Harris dan P Ramlee mempunyai hubungan yang amat erat . Hasil perkahwinan P Ramlee dan Junaidah,pasangan ini dikurniakan seorang anak iaitu Nasir P Ramlee pada tahun 1953


Daeng Harris (kiri), dan P Ramlee (kanan) dalam Filem Abu Hassan Penchuri
Gambar P Ramlee dan Junaidah pada awal awal perkahwinan mereka
Nasir P Ramlee
Pada pertengahan tahun 1950-an, perkahwinan pasangan ini dilanda badai atas sebab cemburu dan kerana kesibukkan P Ramlee yang tidak mempunyai masa untuk anak anak dan keluarga. Menurut Nasir P Ramlee juga,dia dan ayahnya(P Ramlee) pernah hanya bergantung kepada sekeping nota untuk tujuan komunikasi.Akhirnya perkahwinan P Ramlee dan Junaidah roboh di tengah jalan pada tahun 1955 dan pada ketika itu juga Junaidah mengandungkan anak mereka yang kedua. 

Cinta Dan Inspirasi


AZIZAH



Emilda Rosmila memegang watak sebagai Azizah dalam pementasan P Ramlee Musical

Siapa Azizah? Azizah tetap menjadi tanda tanya dan misteri sehinggalah P Ramlee meninggal dunia.Apa yang pasti Azizah merupakan cinta pertama beliau dan sentiasa menjadi inspirasi beliau untuk berkarya. " Azizah" yang membawa P Ramlee masuk ke arena seni dan Azizah dibawa masuk ke dalam filem pertama arahan beliau iaitu "Penarek Becha" , dilakonkan oleh Seniwati Saadiah.Kecantikkan Azizah di ekspresikan P Ramlee ke dalam lagu  berjudul Azizah.

Emilda (kiri) dan Muslee Ramly dalam pementasan P Ramlee Musical

Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira

Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah

Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah

Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga

Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah

Monday, May 23, 2016

Kritikan terhadap Masyarakat Melayu Islam tentang Hukum Hukum Agama

Isu poligami merupakan salah satu isu yang juga sering kita lihat dipaparkan dalam filem P Ramlee.Kritikan pedas P Ramlee terhadap isu poligami juga turut merupakan satu unsur penekanan hukum Islam yang ingin ditegakkan melalui filem beliau.Dalam filem Seniman Bujang Lapok terdapat satu babak di mana seorang lelaki dilakonkan oleh Kuswadiwanata yang mempunyai dua orang isteri(poligami) tetapi tidak berlaku adil terhadap kedua isterinya. Antara dialog yang dilontarkan ialah "Oh pasal berbini ikut undang,undang Islam.Sembahyang,puasa kenapa tak ikut undang undang Islam?" kata isteri pertama.Walaupun ia merupakan sebuah hiburan,namun terdapat  kritikan kritikan yang diterapkan  dan  sentiasa diselang seli dengan elemen elemen  realiti kehidupan.








Selain itu unsur unsur pendidikan agama juga ingin P Ramlee paparkan .Contoh Filem yang mendidik tentang pendidikan agama ialah Filem Semerah Padi  yang berunsur keislaman dan penetapan hukum hudud yang amat ditegakkan di dalam filem ini.Dalam filem ini dipaparkan bagaimana orang yang berzina diihukum selayaknya sebagai seorang penzina seperti apa yang telah ditetapkan dalam hukum Hudud.

Kemiskinan

Filem Seniman Bujang Lapok pula menggambarkan kemiskinan yang mencengkam orang Melayu.Ini dapat kita lihat dari latar tempat yang menunjukkan keadaan kehidupan Aziz,Ramli dan Sudin yang daif,tidak mempunyai kerja.Dalam filem ini terdapat babak yang menjadi salah satu cara untuk P Ramlee memaparkan kesengsaraan hidup yang dilalui di dalam satu babak di hadapan tandas awam.
Sudin mula mengadu dan mengeluh kerana perlu berbaris panjang untuk masuk ke tandas kerana hanya terdapat satu tandas saja. Dalam nada sinis dan komedi Sudin berkata "Eh apalah kita ni,mau berak pun mau kena beratur! Berapa lagi mau tunggulah?"


Sudin (depan), Aziz dan Ramli dalam
Filem Seniman Bujang Lapok menunggu giliran  menggunakan tandas awam

Selain itu,dalam filem Ibu, P Ramlee  turut memaparkn kemiskinan yang amat mensengsarakan dan sungguh daif keadaan rumah mereka pada ketika itu.Ini adalah apa yang P Ramlee ingin paparkan dan mengkritik keadaan kemiskinan yang semangnya adalah sebuah realiti kehidupan.

Taraf Pendidkan Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu









P.Ramlee memaparkan melalui filemnya sebuah penekanan terhadap gangguan dalam pendidikan mereka di kalangan Melayu pada masa itu di Malaya .. Dalam temu bual itu dengan Kemat Hassan, Pengurus Filem Productions Melayu,dalam filem Seniman Bujang Lapok, Ramli menyebut beliau menghadiri sekolah Melayu sehingga Darjah lima dan sekolah Inggeris sehingga darjah empat dan setengah.Apabila ditanya mengapa terdapat "setengah", Ramli menjelaskan bahawa beliau berada di sekolah apabila Jepun menyerang Malaya.The lain daripada Bujang Lapok juga mencerminkan tahap rendah pencapaian pendidikan. Sesungguhnya, Pendudukan Jepun bukan sahaja mengganggu pendidikan Melayu, tetapi ia juga memburukkan lagi tahap pendidikan yang telah sedia ada  orang Melayu di sekolah-sekolah dan ketinggalan dari arus perdana.