Isu poligami merupakan salah satu isu yang juga sering kita lihat dipaparkan dalam filem P Ramlee.Kritikan pedas P Ramlee terhadap isu poligami juga turut merupakan satu unsur penekanan hukum Islam yang ingin ditegakkan melalui filem beliau.Dalam filem Seniman Bujang Lapok terdapat satu babak di mana seorang lelaki dilakonkan oleh Kuswadiwanata yang mempunyai dua orang isteri(poligami) tetapi tidak berlaku adil terhadap kedua isterinya. Antara dialog yang dilontarkan ialah "Oh pasal berbini ikut undang,undang Islam.Sembahyang,puasa kenapa tak ikut undang undang Islam?" kata isteri pertama.Walaupun ia merupakan sebuah hiburan,namun terdapat kritikan kritikan yang diterapkan dan sentiasa diselang seli dengan elemen elemen realiti kehidupan.
Selain itu unsur unsur pendidikan agama juga ingin P Ramlee paparkan .Contoh Filem yang mendidik tentang pendidikan agama ialah Filem Semerah Padi yang berunsur keislaman dan penetapan hukum hudud yang amat ditegakkan di dalam filem ini.Dalam filem ini dipaparkan bagaimana orang yang berzina diihukum selayaknya sebagai seorang penzina seperti apa yang telah ditetapkan dalam hukum Hudud.
Showing posts with label hiburankritikkan1. Show all posts
Showing posts with label hiburankritikkan1. Show all posts
Monday, May 23, 2016
Kemiskinan
Filem Seniman Bujang Lapok pula menggambarkan kemiskinan yang mencengkam orang Melayu.Ini dapat kita lihat dari latar tempat yang menunjukkan keadaan kehidupan Aziz,Ramli dan Sudin yang daif,tidak mempunyai kerja.Dalam filem ini terdapat babak yang menjadi salah satu cara untuk P Ramlee memaparkan kesengsaraan hidup yang dilalui di dalam satu babak di hadapan tandas awam.
Sudin mula mengadu dan mengeluh kerana perlu berbaris panjang untuk masuk ke tandas kerana hanya terdapat satu tandas saja. Dalam nada sinis dan komedi Sudin berkata "Eh apalah kita ni,mau berak pun mau kena beratur! Berapa lagi mau tunggulah?"
Selain itu,dalam filem Ibu, P Ramlee turut memaparkn kemiskinan yang amat mensengsarakan dan sungguh daif keadaan rumah mereka pada ketika itu.Ini adalah apa yang P Ramlee ingin paparkan dan mengkritik keadaan kemiskinan yang semangnya adalah sebuah realiti kehidupan.
Sudin mula mengadu dan mengeluh kerana perlu berbaris panjang untuk masuk ke tandas kerana hanya terdapat satu tandas saja. Dalam nada sinis dan komedi Sudin berkata "Eh apalah kita ni,mau berak pun mau kena beratur! Berapa lagi mau tunggulah?"
![]() |
| Sudin (depan), Aziz dan Ramli dalam Filem Seniman Bujang Lapok menunggu giliran menggunakan tandas awam |
Selain itu,dalam filem Ibu, P Ramlee turut memaparkn kemiskinan yang amat mensengsarakan dan sungguh daif keadaan rumah mereka pada ketika itu.Ini adalah apa yang P Ramlee ingin paparkan dan mengkritik keadaan kemiskinan yang semangnya adalah sebuah realiti kehidupan.
Taraf Pendidkan Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
P.Ramlee memaparkan melalui filemnya sebuah penekanan terhadap gangguan dalam pendidikan mereka di kalangan Melayu pada masa itu di Malaya .. Dalam temu bual itu dengan Kemat Hassan, Pengurus Filem Productions Melayu,dalam filem Seniman Bujang Lapok, Ramli menyebut beliau menghadiri sekolah Melayu sehingga Darjah lima dan sekolah Inggeris sehingga darjah empat dan setengah.Apabila ditanya mengapa terdapat "setengah", Ramli menjelaskan bahawa beliau berada di sekolah apabila Jepun menyerang Malaya.The lain daripada Bujang Lapok juga mencerminkan tahap rendah pencapaian pendidikan. Sesungguhnya, Pendudukan Jepun bukan sahaja mengganggu pendidikan Melayu, tetapi ia juga memburukkan lagi tahap pendidikan yang telah sedia ada orang Melayu di sekolah-sekolah dan ketinggalan dari arus perdana.
Hiburan dan Kritikkan
PAPARAN REALITI DALAM FILEM
P. Ramlee (1929-1973) yang masih segar dalam minda orang Melayu hari ini sebagai penghibur dan juga "guru". Beliau adalah seorang penulis skrip, pelawak, dramatis, pemuzik (komposer dan penyanyi) mahupun pengarah, semua bakat ini dimanifestasikan ke dalam diri dan jiwa seorang laki yang prihatin bergelar P.Ramlee.Beliau ialah seorang yang sangat sensitif dengan keadaan orang Melayu di mana seperti yang kita sedia maklum filem filem beliau memaparkan keadaaan realiti masyarakat Melayu ketika itu.Latar masyarakat,latar tempat semuanya ialah berdasarkan kesan selepas pendudukan serangan Jepun, Realiti masyarakat Melayu seperti kemiskinan, cabaran kemodenan dan penegasan dalam memahami Islam mencerminkan perjuangan peribadi Ramlee dan juga memaparkan realiti sebenar cabaran dan kebimbangan yang dihadapi oleh orang Melayu ketika itu.
![]() |
| GHAZALI Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu.Sekarang cubalah bandingkan darahmu dengan darahku! |
Karya-karya beliau amat dekat dengan masyarakat.
P.Ramlee gemar mengangkat situasi realisme yang berlaku pada eranya dan dipaparkan melalui filem-filem arahan mahupun lakonannya.
Kebanyakkan filem P.Ramlee berlatar-belakangkan suasana realiti masyarakat yang berlaku pada ketika itu.
Antara isu yang diangkat oleh P.Ramlee ialah seperti isu kemiskinan, buta huruf, kemelaratan dan lain-lain isu yang sememangnya menggambarkan senario yang berlaku pada era tersebut.
Sekadar memberikan contoh, golongan gelandangan dipaparkan sebegitu susah untuk mencari sesuap nasi, seperti yang digambarkan di dalam filem Penarik Becha.
Begitu juga masyarakat buta huruf sebagaimana yang dipaparkan di dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.
Malah beliau dengan lantangnya mengkritik ketidak-adilan stratifikasi sosial(baca:jurang antara kaya dan miskin)dalam filem Antara Dua Darjat.
Ironikalinya, fikrah idealogi perfileman(dan pemikiran) P.Ramlee sama sekali sangat berlawanan dengan senario pembikin-pembikin filem masa kini yang lebih gemar untuk memaparkan sudut-pandang karya mereka berpaksikan golongan elitis, berorientasikan kemewahan, contohnya bekerja di syarikat multinasional, rumah yang sebesar-besar rumah, rumah ada gelanggang tenis, memakai kereta yang canggih-canggih, gajet canggih-canggih, baju jenama ternama dan aspek yang memperlihatkan ketinggian status golongan kelas atasan.
Jarang sekali kita melihat golongan-golongan sederhana ataupun gelandangan diangkat menjadi tema atau watak utama di dalam sesuatu drama ataupun filem, walhal golongan-golongan semacam inilah yang banyak menjadi asam dan rencah di dalam
mewarnai masyarakat pasca-kemerdekaan masakini.
Hakikatnya, kita tidak dapat lari dari kemiskinan, eksploitasi, kapitalisma, kuku-besi, bekerja makan gaji, “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang”, “kekejaman situasi hirarki kemanusiaan”, ketidak-adilan stratifikasi sosial, realiti cari-makan, bayar-sewa, periuk-nasi, kekurangan materialistik,
Sunday, May 22, 2016
Cabaran Modenisasi
Kita lihat pula kepada usaha usaha beliau untuk mempertahankan nilai-nilai kesopanan bangsa Melayu, P. Ramlee menggunakan watak Singh dalam filem ini yang bekerja sebagai Jaga (penjaga) untuk mengkritik cara bahasa masyarakat kita yang sememangnya sudah terlalu jauh dari unsur unsur kesopanan dan walaupun pada masa ini zaman masih belum semoden sekarang .Lihatlah apa yang dilihat oleh P Ramlee itu benar benar berlaku pada zaman anak muda sekarang.Tidak lagi mengekalkan nilai nilai kesopanan ketika bertutur.Begitulah seorang P Ramlee yang melihat kehadapan dan sangat jauh pandangannya.
Dalam filem ini Singh seorang jaga berbangsa Sikh memberikan kritikan tajam untuk Sudin untuk beliau kurang adab (etika) dan sopan ketika memanggil nama beliau. Sudin memanggil "Oi oi " kepada Jaga Sing tersebut dan telah mendapat sindirian tajam kerana tidak ada adab dan etika ketika berbahasa. P Ramlee yang memegang watak sebagai Ramli mengeluarkan suatu slogan yang benar benar memberi kesan yang mendalam ke jiwa sehingga ke hari ini
Kata Ramli "Bahasa menunjukkan bangsa tau! "
Dalam filem ini Singh seorang jaga berbangsa Sikh memberikan kritikan tajam untuk Sudin untuk beliau kurang adab (etika) dan sopan ketika memanggil nama beliau. Sudin memanggil "Oi oi " kepada Jaga Sing tersebut dan telah mendapat sindirian tajam kerana tidak ada adab dan etika ketika berbahasa. P Ramlee yang memegang watak sebagai Ramli mengeluarkan suatu slogan yang benar benar memberi kesan yang mendalam ke jiwa sehingga ke hari ini
Kata Ramli "Bahasa menunjukkan bangsa tau! "
Subscribe to:
Posts (Atom)




