CINESTARS8 DRONE
Drone Cinestars8 ini digunakan oleh ahli arkeologi bagi menggantikan kaedah menggali lubang eksperimentasi di sesebuah tapak eksavasi kuno yang agak sukar untuk dijejaki terutamanya kawasan hutan tebal untuk mengetahui keadaan geografi tapak tersebut serta kedalaman tanahnya. Drones atau juga UVA (Unmanned Aerial Vehicle) pesawat tanpa pemandu untuk membawa kamera pengimejan haba yang boleh mengesan ciri arkeologi haba yang boleh mengesan ciri arkeologi subjek arkeologi sehingga setengah meter di bawah permukaan tanah. Drone ini telah diprogramkan untuk terbang mengikut apa yang diprogramkan oleh GPS,lengkap dengan kamera pengimejan tanah.Imej imej terkumpul akan dikumpul menggunakan kaedah fotogrametri lalu menghasilkan peta haba tepat di kawasan tersebut.
Portable X-ray Fluorescence (pXrF)
Portable X-ray Fluorescense adalah sebuah peranti yang digunakan untuk mengukur komposisi kimia pada sampel, di mana tenaga xray akan diarahkan ke arah sampel, menyebabkan atom dalam bahan mengeluar dan memancar sinar X "neon" pada ciri tenaga komposisi unsur sampel tersebut. Ahli arkeologi menggunakannya untuk mengenal pasti komposisi pigmen dan pewarna lain pada objek koleksi serta membantu mereka dalam memahami cara terbaik untuk memelihara objek di mana sebelum ini hanya tertumpu kepada teknik memulihara dan menghindarkannya dari ancaman makhluk perosak sahaja.. Selain itu , XRF juga dapat menentukan serta mengawal kepekatan arsenik dan logam toksik yang perlu digunakan untuk memulihara objek objek lama.
kuKA Robotic Arms
Robotic arms ini adalah untuk menggantikan kaedah "mengguna-memakai analisis" di mana ahli arkeologi perlu melakukan proses yang berulang kepada replika-replika seperti replika Zaman Batu supaya memudahkan proses penyelidikkan di bawah mikroskop.Namun dengan teknologi Robots Arm ini, ia dapat menganalisis secara automatik,membersihkan alatan,malah dapat meletakkan sampel di atas mikroskop , auto-fokus dan mengambil gambar setiap garis x dan y pada sampel tersebut Mesin ini turut boleh meniru pergerakkan manusia serta mengesan semua parameter fizikal yang boleh dikesan melalui alat ini.Penciptaan alat ini bertujuan untuk memudahkan proses eksplorasi di tapak tapak yang agak berbahaya untuk dimasuki
Fotogrametri: Lakaran 3D
Fotogrametari dan imbasan laser telah digabungkan untuk menghasilkan lakaran 3D sesebuah sampel malah turut digunakan untuk memperoleh imej kejituan tinggi dalam dokumentasi tapak arkeologi dan seni bina.Teknologi fotogrametri ini amat menyumbang dalam pendokumentasian persekitaran bersejarah.Sekumpulan ahli arkeologi telah dapat menggunakan teknologi ini untuk mereka semula bentuk tulang mumia tanpa perlu membuka balutan dan menghadapi risiko merosakkan sampel tersebut.Selain itu mereka juga dapat mengenalpasti fizikal mumia tersebut dengan menggunakan
lakaran 3D ini.
Radar Penembus Tanah (GPR)
GPR atau Radar Penembus tanah direka menyerupai struktur mesin pemotong rumput.Namun alatan ini digunakan oleh arkelogi untuk mengesan sekiranya terdapat unsur anamoli bawah tanah seperti bilik bawah tanah, artifak dan perubahan struktur tanah yang mungkin tidak meninggalkan tinggalan atau bukti kewujudannya sehinggalah jika ada proses penggalian dilakukan.GPR dilengkapi dengan unit radar antena di atas tempat pemegangnya dan ditolak seolah seperti mesin pemotong rumput dan pada masa itu radar ini mengumpul data .Gelombang radar ini kan dihantar ke dalam tanah dan di pantulkan semula melalui antena.
LiDAR
LiDAR atau light detection and ranging ialah sebuah alat yang digunakan untuk mengesan cahaya dan perantaraan(jarak) antara sesuatu.Ia berfungsi melakar kawasan sasaran dengan laser dan merekod masa yang diperlukan untuk ia memantul semula ke instrumen ini.LiDar berjaya melakar gambaran model Mexico purba.
Mesin Pengapungan
Fungsi mesin pengapungan ialah untuk "memulihkan" tulang , biji benih dan lain lain sisa kecil yang hilang dalam pemeriksaan tanah dan tapak arkeologi. Tanah akan diayak basah untuk memudahkan proses memisahkan tanah dengan fosil.
Simulasi Digital 3D untuk ekskavasi tapak arkeologi marin
Dengan menggunakan teknologi 3D,sebuah ciptaan baru iaitu mesin simulasi digital tapak arkeologi maritim dapat membawa ahli arkeologi jauh ke dasar laut Mediterannean untuk melihat sendiri tapak ekskavasi tanpa perlu berisiko memasuki ke dalam dasar laut yang terlalu dalam sebelum memastikan lokasi sebenar artifak yang ingin diselamatkan. Selain risiko keselamatan, ia bertujuan untuk melindungi dan memastikan tinggalan serpihan ini tidak di ganggu.Simulasi 3D ini juga menjayakan projek mengangkat naik artifak.Prosedur menyelam dan penyelamatan telah dirancang secara teliti menggunakan simulasi 3D ini.
Gradiometers Dual Magnet
Gradiometers Dual Magnet merupakan instrumen yang mengandungi dua sensor dipisahkan menegak.Sensor atas berfungsi untuk mengukur kekuatan medan magnet bumi,manakala bahagian bawah pula mengukur kekuatan medan bumi sebagaimana yang diubah oleh mana mana anomali berhampiran permukaan.Dengan kaedah menolak jumlah ukuran bahagian atas dan bawah,instrumen ini membetulkan kekuatan medan magnetik.Kajian magnetik adalah untuk membantu ahli arkeologi mengesan variasi setempat dalam medan magnet yang disebabkan oleh gangguan yang memanjangkan permukaan bumi.Jadi tinggalan bersejarah seperti makam ,bilik bawah tanah dan tiang atau pagar sering dapat dikesan oleh gradiometers.
Teknologi Ekskavasi Vakum
Vakum untuk tujuan ekskavasi ini mempunyai sedutan yang kuat untuk menggali melalui paip luas iaitu sehingga 30 sentimeter (1 kaki) atau lebih 1 diameter.Kelajuan udara masuk sehingga 100 meter sesaat Vakum galian ini kebanyakkannya adalah cara yang mudah dan selamat untuk melihat utliti bawah tanah.Kaedah ini juga dengan mengurangkan lebih dari separuh utiliti itu di rosakkan.
Lihat Tugasan 10 Gambar Inovasi menggunakan Flipsnack saya di sini
Lihat Tugasan 10 Gambar Inovasi menggunakan Flipsnack saya di sini
No comments:
Post a Comment