Sunday, May 22, 2016

FAQ

Berapa jumlah lagu yang ditulis oleh P Ramlee?
401 lagu termasuk lagu sebelum beliau menjadi anak seni

Adakah P Ramlee menulis kesemua lagu yang dinyanyikan beliau?
Selain dari P Ramlee terdapat beberapa orang penulis lagu yang hebat dan terkenal pada era tersebut seperti Zubir Said ,Osman Ahmad,Yusuf B, Ahmad Jaafar dan Ahmad Nawab

Pernahkah P Ramlee menyanyikan lagu Bahasa Inggeris?
P Ramlee pernah menyanyikan lagu “Autumn Leaves” sebagai seorang penyanyi jemputan dalam “Melanchong ke Tokyo” pada tahun 1964.Lagu tersebut didendangkan dalam bahasa Melayu dan
 Inggeris.

Apakah lagu terakhir Allayarham Tan Sri P Ramlee?
Lagu “Airmata di Kuala Lumpur” pada tahun 1973 dan dirakam oleh isteri beliau Puan Seri Saloma.

Siapa yang menemukan bakat P Ramlee?
Seorang pengarah Singapura B.J Rajahns  yang telah menyaksikan persembahan P Ramlee menyanyikan lagu Azizah di dalam satu keraian pda tangga 1 Jun 1948.

Apakah filem pertama lakonan beliau?
Filem Chinta  1948 ,memgang watak antagonis.

Berapa jumlah filem lakonan P Ramlee?
Enam Puluh Lima Filem termasuk tiga Filem sebagai bintang jemputan

Berapa jumlah filem yang di arahkan oleh P Ramlee sepanjang berada di Jalan Ampas?
Kesemuanya 16 filem termasuk beberapa babak di dalam Sarjan Hassan selepas pengarah Lamberta V Aveltana kembali ke Filipina

No comments:

Post a Comment