Sunday, May 22, 2016

Cabaran Modenisasi

Kita lihat pula kepada usaha usaha beliau untuk mempertahankan nilai-nilai kesopanan bangsa Melayu, P. Ramlee menggunakan watak Singh dalam filem ini yang bekerja sebagai Jaga (penjaga) untuk mengkritik cara bahasa masyarakat kita yang sememangnya sudah terlalu jauh dari unsur unsur kesopanan dan walaupun pada masa ini zaman masih belum semoden sekarang .Lihatlah apa yang dilihat oleh P Ramlee itu benar benar berlaku pada zaman anak muda sekarang.Tidak lagi mengekalkan nilai nilai kesopanan ketika bertutur.Begitulah seorang P Ramlee yang melihat kehadapan dan sangat jauh pandangannya.
Dalam filem ini Singh seorang jaga berbangsa Sikh memberikan kritikan tajam untuk Sudin untuk beliau kurang adab (etika) dan sopan ketika memanggil nama beliau. Sudin memanggil "Oi oi " kepada Jaga Sing tersebut dan telah mendapat sindirian tajam kerana tidak ada adab dan etika ketika berbahasa. P Ramlee yang memegang watak sebagai Ramli mengeluarkan suatu slogan yang benar benar memberi kesan yang mendalam ke jiwa sehingga ke hari ini
Kata Ramli "Bahasa menunjukkan bangsa tau!  "


No comments:

Post a Comment