Kisah Tentang Seorang Lagenda

Tentang P.Ramlee







Nama beliau ialah Teuku Zakaria Bin Teuku Nya' Puteh,lebih dikenali sebagai P Ramlee di sepanjang kerjaya seni beliau. P.Ramlee dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1929,di rumah kelahirannya di Pulau Pinang pada pagi Aidilfitri. Ayahnya bernama Teuku Nya' Puteh Bin Teuku Karim dan ibunya bernama Che Mah Hussin.Ayahnya berasal dari Lhoksemauwe di Acheh Indonesia manakala ibunya Che Mah Hussin berasal dari Kubang Buaya. Namanya dipanggil "Ramlee" kerana kesukaran untuk ibu Che Mah memanggil nama cucunya Teuku Zakaria.Dalam kalangan beliau, beliau juga dipanggil sebagai Puteh Deat" yang bermaksud khas,luar biasa ,dan berani.
P Ramlee juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara",beliau merupakan seorang penyanyi pelakon,pemuzik,pengarah dan penulis lagu yang amat berbakat.Kehebatan beliau dalam bidang seni belum dapat ditandingi oleh sesiapa sehingga kini.






Pendidikan

P Ramlee menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa. dan Francis Light English School dan kemudiannya beliau meneruskan persekolahan di Penang Free School sehingga meletusnya perang dunia kedua.Ketika zaman persekolahannya,P Ramlee terkenal dengan pelajar yang mempunyai tulisan yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai kemahiran berbahasa yang mengagumkan



                


Francis Light English School
1939-1941
(P Ramlee di barisan hadapan dari kiri)



Semasa penaklukan Jepun,P Ramlee tidak dapat meneruskan persekolahannya.Bagi meneruskan hidup,P Ramlee bekerja sebagai office boy di sebuah kilang timah.Dalam pada yang sama,P Ramlee juga mendaftarkan diri untuk bersekolah di Japanese Army School.Oleh yang demikian beliau mengambil peluang ini untuk belajar bahasa dan muzik Jepun.Oleh kerana sifatnya yang amat ramah serta rajin,P Ramlee amat dikenali di kalangan tentera tentera Jepun pada ketika itu.Di sekolah ini, Ramlee belajar muzik dengan salah seorang tentera Jepun bernama Hirake San.Pengalaman itu telah menjadikan beliau seorang yang amat sensitif dari segi kefahaman tentang muzik serta dapat belajar lagu lagu Jepun yang popular.



Karakter Peribadi P Ramlee

P.Ramlee merupakan seorang yang pemurah dan tidak mementingkan tentang wangnya sendiri.Mr Kwek Chip , seorang bekas pengurus di Studio Jalan Ampas pernah menyuruh beliau untuk menyimpan sejumlah wang yang banyak.Namun P Ramlee tidak mengira jumlah wang tersebut cukup atau tidak. Walaupun Mr Kwek Chip tidak terlalu bersetuju dengan perangai P Ramlee yang satu ini, namun P Ramlee membalas " Jika wang itu takdirnya milik kita,ia tidak akan hilang".Ini adalah salah satu perangai P Ramlee yang agak sedikit "pelik".Oleh yang demikian beliau menjadi terlalu pemurah dan tidak teragak agak untuk membantu orang lain yang di dalam kesusahan.Oleh sikapnya yang terlalu pemurah dan mudah mempercayai orang, beliau meletakkan diri beliau ke dalam ancaman pengkhinatan manusia.Itulah yang terjadi pada akhir hayat beliau atas segala kasa dan kebaikan yang dimiliki beliau,sebuah pengkhianatan seseorang yang dipercayainya.Beliau gemar membaca surat khabar ,walaupun begitu beliau tidak fokus dengan bacaanya,Ini menyebabkan beliau selalu ketinggalan berita berita semasa.




















Mr Kwek Chip (kiri)  dan P Ramlee





CINTA DAN INSPIRASI


AZIZAH


Emilda Rosmila memegang watak sebagai Azizah dalam pementasan P Ramlee Musical

Siapa Azizah? Azizah tetap menjadi tanda tanya dan misteri sehinggalah P Ramlee meninggal dunia.Apa yang pasti Azizah merupakan cinta pertama beliau dan sentiasa menjadi inspirasi beliau untuk berkarya. " Azizah" yang membawa P Ramlee masuk ke arena seni dan Azizah dibawa masuk ke dalam filem pertama arahan beliau iaitu "Penarek Becha" , dilakonkan oleh Seniwati Saadiah.Kecantikkan Azizah di ekspresikan P Ramlee ke dalam lagu  berjudul Azizah.



Emilda (kiri) dan Muslee Ramly dalam pementasan P Ramlee Musical

Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira

Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah

Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah

Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga

Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah


JUNAIDAH



Junaidah merupakan isteri pertama P Ramlee.Junaidah juga bekerja di MFP Studio.P Ramlee merupakan seorang yang sangat sensitif dan kagum dengan sifat kewanitaan yang ada pada Junaidah jatuh hati padanya dan melamar Junaidah sebagai isteri pada tahun 1950.Junaidah juga merupakan anak kepada Daeng Harris yang juga merupakan seorang pelakon dan pelawak di MFP Studio pada ketika itu.Daeng Harris dan P Ramlee mempunyai hubungan yang amat erat . Hasil perkahwinan P Ramlee dan Junaidah,pasangan ini dikurniakan seorang anak iaitu Nasir P Ramlee pada tahun 1953

Daeng Harris (kiri), dan P Ramlee (kanan) dalam Filem Abu Hassan Penchuri
Gambar P Ramlee dan Junaidah pada awal awal perkahwinan mereka

Nasir P Ramlee 
.
Pada pertengahan tahun 1950-an, perkahwinan pasangan ini dilanda badai atas sebab cemburu dan kerana kesibukkan P Ramlee yang tidak mempunyai masa untuk anak anak dan keluarga. Menurut Nasir P Ramlee juga,dia dan ayahnya(P Ramlee) pernah hanya bergantung kepada sekeping nota untuk tujuan komunikasi.Akhirnya perkahwinan P Ramlee dan Junaidah roboh di tengah jalan pada tahun 1955 dan pada ketika itu juga Junaidah mengandungkan anak mereka yang kedua. 



NOORIZAN

P Ramlee dan Noorizan bersama anak anak P Ramlee






















Noorizan merupakan isteri kedua P Ramlee.Setelah penceraian beliau dan Junaidah P Ramlee kembali sepi dengan tiada nya penyeri rumahtangga.Tapi kesepian ini tidak terlalu lama,setelah P Ramlee membuat persembahan di sebuah panggung wayang di Kuala Kangsar beliau bertemu dengan seorang wanita bernama Noorizan Binti Mohammad Noor.Wanita ini juga merupakan isteri Paduka Seri Sultan Yusoff pada ketika itu. Noorizan amat tertarik dengan lagu lagu ,suara dan dengan P Ramlee sendiri. P Ramlee juga jatuh cinta pada Noorizan seorang wanita yang cantik,feminin dan elegan.Sejak dari perkenalan itu, Noorizan mula menulis surat surat cinta untuk dikirimkan kepada P Ramlee .Oleh kerana cinta mereka ini terhalang, Noorizan mengirim surat surat secara sulit dan rahsia agar tidak terbongkar kisah cinta mereka. Oleh yang demikian, Noorizan lebih memilih untuk mengirim sendiri surat surat itu ke pejabat pos dari mengirimnya melalui pos pos biasa di tepi jalan. Namun, lama kelamaan hubungan Permaisuri dan P Ramlee akhirnya terbongkar meyebabkan kemurkaan Sultan pada ketika itu. Ramlee dan Noorizan akhirnya berkahwin pada 6 Februari 1955.Namun begitu,perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir penceraian.

Melisa Saila sebagai Noorizan dalam P Ramlee The Musical Theatre.


SALMAH ISMAIL/ SALOMA

Saloma dan P Ramlee pada hari perkahwinan mereka







Salmah Ismail atau nama pentasnya Saloma merupakan isteri ketiga dan juga merupakan isteri terakhir Allayarham Tan Sri P Ramlee.Seorang yang setia dan sentiasa berada di sisinya.Kedua mereka merupakan gabungan dua merpati sejoli kerana saling melengkapkan antara satu sama lain.Mereka berkahiwn pada November,1961 di Tembeling Road Singapore.





PENUTUPAN MALAY FILM PRODUCTION SINGAPORE


Pada awal 1960-an terdapat satu siri serangan terhadap studio Singapura dengan pekerja meminta gaji yang lebih tinggi dan keadaan kerja yang lebih baik. Pada tahun 1964 Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, di mana beliau menjadi sebahagian daripada Studio Merdeka baru. Kehilangan apa-apa bintang penting, dan penerusan pertikaian buruh, membawa kepada penutupan studio Pengeluaran Filem Melayu Shaw Brothers 'pada awal 1965.Ramlee dibuat 20 filem untuk Studio Merdeka, tetapi mereka tidak pernah mencapai kualiti atau populariti kerja-kerja di Singapura. Pada awal tahun 1970-an pengeluaran filem di Malaysia dan Singapura semakin tiba terhenti. Televisyen telah merebak di seluruh Malaysia, manakala Hollywood, Hong Kong dan Bollywood produksi menjadi diet ruji di pawagam tempatan. Apabila Ramlee meninggal dunia pada Mei 1973, banyak tenaga dan karisma bahawa dia pernah membawa kepada pengeluaran filem Melayu juga lulus warisan on.Ramlee sebagai artis pelbagai, bagaimanapun, terus melayan orang banyak di seluruh Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei. Walaupun kita boleh ketawa, menangis dan menyanyi bersama-sama dengan filem-filem dan muzik Ramlee, bentuk-bentuk hiburan juga mencerminkan perubahan masyarakat Melayu yang dihadapi dalam tahun 1950-an dan 60-an, dengan itu menyediakan tingkap ke masa lalu.



P Ramlee ,Sudin dan Aziz di dalam Filem Seniman Bujang Lapok,Latar Belakang MFP







Studio Malay Film Production




















KEJATUHAN SEORANG BINTANG



P Ramlee Yang tidak tahu langkah beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 kepada isyarat terakhir kejatuhannya dari rahmat - dan kematian awal. Adakah belanjawan bakhil kakitangan dan studio yang tidak mempunyai kerja berpasukan dan kemahiran Itu Adakah beliau pernah - dan ini menunjukkan pada skrin. Kualiti Mengambil menyelam dan ditambah pula dengan persaingan daripada televisyen, dan Hollywood, Hindi dan filem Indonesia, tidak lagi Melayu Adakah filem Menguntungkan. Shaw Brothers ditutup studio.


P Ramlee pergi untu berlakon dalam dua drama TV.P Ramlee juga membuka syarikat beliau sendiri tapi gulung tikar. Beliau tidak pernah menerima sebarang sokongan sama ada dari sektor swasta atau kerajaan. P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, diasingkan oleh dunia seni dan menjauhkan dari dunia filem yang sememangnya jiwa dan cinta .Ironinya, kebanyakan filem-filem beliau masih  ditayangkan di televisyen sehingga ke hari ini.




GUGURNYA SEORANG BINTANG



Pada tanggal 27 Mei 1973, P Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Jalan Ampang ,Kuala Lumpur.Pada tahun 1986, rumah kediaman beliau di Kuala Lumpur diabadikan sebagai Pusttaka Peringatan beliau sebagat simbolik kepada penghargaan kepada sumbangan sumbangan beliau sebagai anak seni yang telah banyak berjasa memajukan industri seni tanah air tidak kira dari segi filem mahupun lagu karya beliau Pada tahun 1982 pula Jalan Parry Kuala Lumpur telah ditukar nama kepada nama senimana agung ini, Jalan P Ramlee.Pada tahun 1990, gelaran Tan Sri dianugerahkan kepada beliau dan pada 2009 pula anugerah 'Dato Amar" dianugerahkan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam sebuah majlis menghargai pelakon veteran di Kuching Sarawak.
Gambar Allyarham Tan Sri P Ramlee beberapa hari sebelum kematiannya


Al Fatihah.
Jenazah Allyarham Tan Sri P Ramlee dikebumikan di
Tanah Perkuburan Orang Islam Ampang,Kuala Lumpur
Helaian surat khabar yang bertajuk
"Bapak Dunia Melayu Dah Hilang"
"AL FATIHAH"
Kehilanganmu sukar untuk dicari ganti




No comments:

Post a Comment