Sunday, May 29, 2016

Pendidikan


Francis Light School 1939-1941(P Ramlee di barisan hadapan dari kiri)

P Ramlee menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa. dan Francis Light English School dan kemudiannya beliau meneruskan persekolahan di Penang Free School sehingga meletusnya perang dunia kedua.Ketika zaman persekolahannya,P Ramlee terkenal dengan pelajar yang mempunyai tulisan yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai kemahiran berbahasa yang mengagumkan

Semasa penaklukan Jepun,P Ramlee tidak dapat meneruskan persekolahannya.Bagi meneruskan hidup,P Ramlee bekerja sebagai office boy di sebuah kilang timah.Dalam pada yang sama,P Ramlee juga mendaftarkan diri untuk bersekolah di Japanese Army School.Oleh yang demikian beliau mengambil peluang ini untuk belajar bahasa dan muzik Jepun.Oleh kerana sifatnya yang amat ramah serta rajin,P Ramlee amat dikenali di kalangan tentera tentera Jepun pada ketika itu.Di sekolah ini, Ramlee belajar muzik dengan salah seorang tentera Jepun bernama Hirake San.Pengalaman itu telah menjadikan beliau seorang yang amat sensitif dari segi kefahaman tentang muzik serta dapat belajar lagu lagu Jepun yang popular.

No comments:

Post a Comment