Sunday, May 29, 2016

Karakter Peribadi P Ramlee



Mr Kwek Chip (kiri)  dan P Ramlee


P.Ramlee merupakan seorang yang pemurah dan tidak mementingkan tentang wangnya sendiri.Mr Kwek Chip , seorang bekas pengurus di Studio Jalan Ampas pernah menyuruh beliau untuk menyimpan sejumlah wang yang banyak.Namun P Ramlee tidak mengira jumlah wang tersebut cukup atau tidak. Walaupun Mr Kwek Chip tidak terlalu bersetuju dengan perangai P Ramlee yang satu ini, namun P Ramlee membalas " Jika wang itu takdirnya milik kita,ia tidak akan hilang".Ini adalah salah satu perangai P Ramlee yang agak sedikit "pelik".Oleh yang demikian beliau menjadi terlalu pemurah dan tidak teragak agak untuk membantu orang lain yang di dalam kesusahan.Oleh sikapnya yang terlalu pemurah dan mudah mempercayai orang, beliau meletakkan diri beliau ke dalam ancaman pengkhinatan manusia.Itulah yang terjadi pada akhir hayat beliau atas segala kasa dan kebaikan yang dimiliki beliau,sebuah pengkhianatan seseorang yang dipercayainya.Beliau gemar membaca surat khabar ,walaupun begitu beliau tidak fokus dengan bacaanya,Ini menyebabkan beliau selalu ketinggalan berita berita semasa.

No comments:

Post a Comment