Monday, May 30, 2016

SELAMAT DATANG KE BLOG P RAMLEE SEBUAH LAGENDA

Blog ini dibina untuk Subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan.Ia bertujuan memperingati Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,seorang seniman agung tanah air. Beliau merupakan seorang lagenda yang tidak dapat digantikan.Beliau banyak memberi jasa terhadap dunia seni tanah air.Filem filem dan lagu lagu beliau sentiasa segar di ingatan dan masih meniti di bibir bibir anak muda sehingga ke hari ini.
Kata kata beliau semasa hayat

          "Jika aku mati, aku akan hidup seribu tahun lagi"
                                                                    ~Allahyarham Tan Sri P Ramlee~

Berikut merupakan kata kata beliau semasa hayatnya dan boleh kita lihat bagaimana lagu lagu beliau "evergreen" sehingga ke hari ini diperdengarkan di corong radio.

Blog ini juga memaparkan kisah kisah hidup beliau sejak mula penglibatan beliau di arena seni sehinggalah ke zaman "kejatuhan" beliau dalam dunia seni.







Sunday, May 29, 2016

Kisah Tentang Seorang Lagenda



Nama beliau ialah Teuku Zakaria Bin Teuku Nya' Puteh,lebih dikenali sebagai P Ramlee di sepanjang kerjaya seni beliau. P.Ramlee dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1929,di rumah kelahirannya di Pulau Pinang pada pagi Aidilfitri. Ayahnya bernama Teuku Nya' Puteh Bin Teuku Karim dan ibunya bernama Che Mah Hussin.Ayahnya berasal dari Lhoksemauwe di Acheh Indonesia manakala ibunya Che Mah Hussin berasal dari Kubang Buaya. Namanya dipanggil "Ramlee" kerana kesukaran untuk ibu Che Mah memanggil nama cucunya Teuku Zakaria.Dalam kalangan beliau, beliau juga dipanggil sebagai Puteh Deat" yang bermaksud khas,luar biasa ,dan berani.
P Ramlee juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara",beliau merupakan seorang penyanyi pelakon,pemuzik,pengarah dan penulis lagu yang amat berbakat.Kehebatan beliau dalam bidang seni belum dapat ditandingi oleh sesiapa sehingga kini.




Karakter Peribadi P Ramlee



Mr Kwek Chip (kiri)  dan P Ramlee


P.Ramlee merupakan seorang yang pemurah dan tidak mementingkan tentang wangnya sendiri.Mr Kwek Chip , seorang bekas pengurus di Studio Jalan Ampas pernah menyuruh beliau untuk menyimpan sejumlah wang yang banyak.Namun P Ramlee tidak mengira jumlah wang tersebut cukup atau tidak. Walaupun Mr Kwek Chip tidak terlalu bersetuju dengan perangai P Ramlee yang satu ini, namun P Ramlee membalas " Jika wang itu takdirnya milik kita,ia tidak akan hilang".Ini adalah salah satu perangai P Ramlee yang agak sedikit "pelik".Oleh yang demikian beliau menjadi terlalu pemurah dan tidak teragak agak untuk membantu orang lain yang di dalam kesusahan.Oleh sikapnya yang terlalu pemurah dan mudah mempercayai orang, beliau meletakkan diri beliau ke dalam ancaman pengkhinatan manusia.Itulah yang terjadi pada akhir hayat beliau atas segala kasa dan kebaikan yang dimiliki beliau,sebuah pengkhianatan seseorang yang dipercayainya.Beliau gemar membaca surat khabar ,walaupun begitu beliau tidak fokus dengan bacaanya,Ini menyebabkan beliau selalu ketinggalan berita berita semasa.

Pendidikan


Francis Light School 1939-1941(P Ramlee di barisan hadapan dari kiri)

P Ramlee menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa. dan Francis Light English School dan kemudiannya beliau meneruskan persekolahan di Penang Free School sehingga meletusnya perang dunia kedua.Ketika zaman persekolahannya,P Ramlee terkenal dengan pelajar yang mempunyai tulisan yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai kemahiran berbahasa yang mengagumkan

Semasa penaklukan Jepun,P Ramlee tidak dapat meneruskan persekolahannya.Bagi meneruskan hidup,P Ramlee bekerja sebagai office boy di sebuah kilang timah.Dalam pada yang sama,P Ramlee juga mendaftarkan diri untuk bersekolah di Japanese Army School.Oleh yang demikian beliau mengambil peluang ini untuk belajar bahasa dan muzik Jepun.Oleh kerana sifatnya yang amat ramah serta rajin,P Ramlee amat dikenali di kalangan tentera tentera Jepun pada ketika itu.Di sekolah ini, Ramlee belajar muzik dengan salah seorang tentera Jepun bernama Hirake San.Pengalaman itu telah menjadikan beliau seorang yang amat sensitif dari segi kefahaman tentang muzik serta dapat belajar lagu lagu Jepun yang popular.

Saturday, May 28, 2016

PENUTUPAN MALAY FILM PRODUCTION SINGAPORE

Pada awal 1960-an terdapat satu siri serangan terhadap studio Singapura dengan pekerja meminta gaji yang lebih tinggi dan keadaan kerja yang lebih baik. Pada tahun 1964 Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, di mana beliau menjadi sebahagian daripada Studio Merdeka baru. Kehilangan apa-apa bintang penting, dan penerusan pertikaian buruh, membawa kepada penutupan studio Pengeluaran Filem Melayu Shaw Brothers 'pada awal 1965.Ramlee dibuat 20 filem untuk Studio Merdeka, tetapi mereka tidak pernah mencapai kualiti atau populariti kerja-kerja di Singapura. Pada awal tahun 1970-an pengeluaran filem di Malaysia dan Singapura semakin tiba terhenti. Televisyen telah merebak di seluruh Malaysia, manakala Hollywood, Hong Kong dan Bollywood produksi menjadi diet ruji di pawagam tempatan. Apabila Ramlee meninggal dunia pada Mei 1973, banyak tenaga dan karisma bahawa dia pernah membawa kepada pengeluaran filem Melayu juga lulus warisan on.Ramlee sebagai artis pelbagai, bagaimanapun, terus melayan orang banyak di seluruh Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei. Walaupun kita boleh ketawa, menangis dan menyanyi bersama-sama dengan filem-filem dan muzik Ramlee, bentuk-bentuk hiburan juga mencerminkan perubahan masyarakat Melayu yang dihadapi dalam tahun 1950-an dan 60-an, dengan itu menyediakan tingkap ke masa lalu.


P Ramlee ,Sudin dan Aziz di dalam Filem Seniman Bujang Lapok,Latar Belakang MFP

KEJATUHAN SEORANG BINTANG

P Ramlee Yang tidak tahu langkah beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 kepada isyarat terakhir kejatuhannya dari rahmat - dan kematian awal. Adakah belanjawan bakhil kakitangan dan studio yang tidak mempunyai kerja berpasukan dan kemahiran Itu Adakah beliau pernah - dan ini menunjukkan pada skrin. Kualiti Mengambil menyelam dan ditambah pula dengan persaingan daripada televisyen, dan Hollywood, Hindi dan filem Indonesia, tidak lagi Melayu Adakah filem Menguntungkan. Shaw Brothers ditutup studio.


P Ramlee pergi untu berlakon dalam dua drama TV.P Ramlee juga membuka syarikat beliau sendiri tapi gulung tikar. Beliau tidak pernah menerima sebarang sokongan sama ada dari sektor swasta atau kerajaan. P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, diasingkan oleh dunia seni dan menjauhkan dari dunia filem yang sememangnya jiwa dan cinta .Ironinya, kebanyakan filem-filem beliau masih  ditayangkan di televisyen sehingga ke hari ini.


Studio Malay Film Production

Jatuhnya Seorang Bintang

Pada tanggal 27 Mei 1973, P Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Jalan Ampang ,Kuala Lumpur.Pada tahun 1986, rumah kediaman beliau di Kuala Lumpur diabadikan sebagai Pusttaka Peringatan beliau sebagat simbolik kepada penghargaan kepada sumbangan sumbangan beliau sebagai anak seni yang telah banyak berjasa memajukan industri seni tanah air tidak kira dari segi filem mahupun lagu karya beliau Pada tahun 1982 pula Jalan Parry Kuala Lumpur telah ditukar nama kepada nama senimana agung ini, Jalan P Ramlee.Pada tahun 1990, gelaran Tan Sri dianugerahkan kepada beliau dan pada 2009 pula anugerah 'Dato Amar" dianugerahkan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam sebuah majlis menghargai pelakon veteran di Kuching Sarawak.


Gambar Allyarham Tan Sri P Ramlee beberapa hari sebelum kematiannya
Al Fatihah.
Jenazah Allayarham Tan Sri P Ramlee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Ampang
Keratan Surat Khabar Bertajuk "Bapak Dunia Melayu Dah Hilang"
"Kehilanganmu sukar diganti"

Saloma/Salmah Ismail

Saloma dan P Ramlee pada hari perkahwinan mereka


Salmah Ismail atau nama pentasnya Saloma merupakan isteri ketiga dan juga merupakan isteri terakhir Allayarham Tan Sri P Ramlee.Seorang yang setia dan sentiasa berada di sisinya.Kedua mereka merupakan gabungan dua merpati sejoli kerana saling melengkapkan antara satu sama lain.Mereka berkahiwn pada November,1961 di Tembeling Road Singapore.

Noorizan

P Ramlee dan Noorizan bersama anak anak P Ramlee
Melisa Saila sebagai Noorizan dalam P Ramlee The Musical Theatre.
Noorizan merupakan isteri kedua P Ramlee.Setelah penceraian beliau dan Junaidah P Ramlee kembali sepi dengan tiada nya penyeri rumahtangga.Tapi kesepian ini tidak terlalu lama,setelah P Ramlee membuat persembahan di sebuah panggung wayang di Kuala Kangsar beliau bertemu dengan seorang wanita bernama Noorizan Binti Mohammad Noor.Wanita ini juga merupakan isteri Paduka Seri Sultan Yusoff pada ketika itu. Noorizan amat tertarik dengan lagu lagu ,suara dan dengan P Ramlee sendiri. P Ramlee juga jatuh cinta pada Noorizan seorang wanita yang cantik,feminin dan elegan.Sejak dari perkenalan itu, Noorizan mula menulis surat surat cinta untuk dikirimkan kepada P Ramlee .

Oleh kerana cinta mereka ini terhalang, Noorizan mengirim surat surat secara sulit dan rahsia agar tidak terbongkar kisah cinta mereka. Oleh yang demikian, Noorizan lebih memilih untuk mengirim sendiri surat surat itu ke pejabat pos dari mengirimnya melalui pos pos biasa di tepi jalan. Namun, lama kelamaan hubungan Permaisuri dan P Ramlee akhirnya terbongkar meyebabkan kemurkaan Sultan pada ketika itu. Ramlee dan Noorizan akhirnya berkahwin pada 6 Februari 1955.Namun begitu,perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir penceraian.



Junaidah

Junaidah merupakan isteri pertama P Ramlee.Junaidah juga bekerja di MFP Studio.P Ramlee merupakan seorang yang sangat sensitif dan kagum dengan sifat kewanitaan yang ada pada Junaidah jatuh hati padanya dan melamar Junaidah sebagai isteri pada tahun 1950.Junaidah juga merupakan anak kepada Daeng Harris yang juga merupakan seorang pelakon dan pelawak di MFP Studio pada ketika itu.Daeng Harris dan P Ramlee mempunyai hubungan yang amat erat . Hasil perkahwinan P Ramlee dan Junaidah,pasangan ini dikurniakan seorang anak iaitu Nasir P Ramlee pada tahun 1953


Daeng Harris (kiri), dan P Ramlee (kanan) dalam Filem Abu Hassan Penchuri
Gambar P Ramlee dan Junaidah pada awal awal perkahwinan mereka
Nasir P Ramlee
Pada pertengahan tahun 1950-an, perkahwinan pasangan ini dilanda badai atas sebab cemburu dan kerana kesibukkan P Ramlee yang tidak mempunyai masa untuk anak anak dan keluarga. Menurut Nasir P Ramlee juga,dia dan ayahnya(P Ramlee) pernah hanya bergantung kepada sekeping nota untuk tujuan komunikasi.Akhirnya perkahwinan P Ramlee dan Junaidah roboh di tengah jalan pada tahun 1955 dan pada ketika itu juga Junaidah mengandungkan anak mereka yang kedua. 

Cinta Dan Inspirasi


AZIZAH



Emilda Rosmila memegang watak sebagai Azizah dalam pementasan P Ramlee Musical

Siapa Azizah? Azizah tetap menjadi tanda tanya dan misteri sehinggalah P Ramlee meninggal dunia.Apa yang pasti Azizah merupakan cinta pertama beliau dan sentiasa menjadi inspirasi beliau untuk berkarya. " Azizah" yang membawa P Ramlee masuk ke arena seni dan Azizah dibawa masuk ke dalam filem pertama arahan beliau iaitu "Penarek Becha" , dilakonkan oleh Seniwati Saadiah.Kecantikkan Azizah di ekspresikan P Ramlee ke dalam lagu  berjudul Azizah.

Emilda (kiri) dan Muslee Ramly dalam pementasan P Ramlee Musical

Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira

Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah

Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah

Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga

Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah

Monday, May 23, 2016

Kritikan terhadap Masyarakat Melayu Islam tentang Hukum Hukum Agama

Isu poligami merupakan salah satu isu yang juga sering kita lihat dipaparkan dalam filem P Ramlee.Kritikan pedas P Ramlee terhadap isu poligami juga turut merupakan satu unsur penekanan hukum Islam yang ingin ditegakkan melalui filem beliau.Dalam filem Seniman Bujang Lapok terdapat satu babak di mana seorang lelaki dilakonkan oleh Kuswadiwanata yang mempunyai dua orang isteri(poligami) tetapi tidak berlaku adil terhadap kedua isterinya. Antara dialog yang dilontarkan ialah "Oh pasal berbini ikut undang,undang Islam.Sembahyang,puasa kenapa tak ikut undang undang Islam?" kata isteri pertama.Walaupun ia merupakan sebuah hiburan,namun terdapat  kritikan kritikan yang diterapkan  dan  sentiasa diselang seli dengan elemen elemen  realiti kehidupan.








Selain itu unsur unsur pendidikan agama juga ingin P Ramlee paparkan .Contoh Filem yang mendidik tentang pendidikan agama ialah Filem Semerah Padi  yang berunsur keislaman dan penetapan hukum hudud yang amat ditegakkan di dalam filem ini.Dalam filem ini dipaparkan bagaimana orang yang berzina diihukum selayaknya sebagai seorang penzina seperti apa yang telah ditetapkan dalam hukum Hudud.

Kemiskinan

Filem Seniman Bujang Lapok pula menggambarkan kemiskinan yang mencengkam orang Melayu.Ini dapat kita lihat dari latar tempat yang menunjukkan keadaan kehidupan Aziz,Ramli dan Sudin yang daif,tidak mempunyai kerja.Dalam filem ini terdapat babak yang menjadi salah satu cara untuk P Ramlee memaparkan kesengsaraan hidup yang dilalui di dalam satu babak di hadapan tandas awam.
Sudin mula mengadu dan mengeluh kerana perlu berbaris panjang untuk masuk ke tandas kerana hanya terdapat satu tandas saja. Dalam nada sinis dan komedi Sudin berkata "Eh apalah kita ni,mau berak pun mau kena beratur! Berapa lagi mau tunggulah?"


Sudin (depan), Aziz dan Ramli dalam
Filem Seniman Bujang Lapok menunggu giliran  menggunakan tandas awam

Selain itu,dalam filem Ibu, P Ramlee  turut memaparkn kemiskinan yang amat mensengsarakan dan sungguh daif keadaan rumah mereka pada ketika itu.Ini adalah apa yang P Ramlee ingin paparkan dan mengkritik keadaan kemiskinan yang semangnya adalah sebuah realiti kehidupan.

Taraf Pendidkan Selepas Pendudukan Jepun di Tanah Melayu









P.Ramlee memaparkan melalui filemnya sebuah penekanan terhadap gangguan dalam pendidikan mereka di kalangan Melayu pada masa itu di Malaya .. Dalam temu bual itu dengan Kemat Hassan, Pengurus Filem Productions Melayu,dalam filem Seniman Bujang Lapok, Ramli menyebut beliau menghadiri sekolah Melayu sehingga Darjah lima dan sekolah Inggeris sehingga darjah empat dan setengah.Apabila ditanya mengapa terdapat "setengah", Ramli menjelaskan bahawa beliau berada di sekolah apabila Jepun menyerang Malaya.The lain daripada Bujang Lapok juga mencerminkan tahap rendah pencapaian pendidikan. Sesungguhnya, Pendudukan Jepun bukan sahaja mengganggu pendidikan Melayu, tetapi ia juga memburukkan lagi tahap pendidikan yang telah sedia ada  orang Melayu di sekolah-sekolah dan ketinggalan dari arus perdana.

Hiburan dan Kritikkan

PAPARAN REALITI DALAM FILEM 


P. Ramlee (1929-1973) yang masih segar dalam minda orang Melayu hari ini sebagai penghibur dan juga "guru". Beliau adalah seorang penulis skrip, pelawak, dramatis, pemuzik (komposer dan penyanyi) mahupun  pengarah, semua bakat ini dimanifestasikan ke dalam diri dan jiwa seorang laki yang prihatin bergelar P.Ramlee.Beliau ialah seorang yang sangat sensitif dengan keadaan orang Melayu di mana seperti yang kita sedia maklum filem filem beliau memaparkan keadaaan realiti masyarakat Melayu ketika itu.Latar masyarakat,latar tempat semuanya ialah berdasarkan  kesan selepas pendudukan serangan Jepun, Realiti masyarakat Melayu seperti kemiskinan, cabaran kemodenan dan penegasan dalam memahami Islam mencerminkan perjuangan peribadi Ramlee dan juga memaparkan realiti sebenar cabaran dan kebimbangan yang dihadapi oleh orang Melayu ketika itu.



GHAZALI
Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu.Sekarang cubalah bandingkan darahmu dengan darahku!



 Karya-karya beliau amat dekat dengan masyarakat.

P.Ramlee gemar mengangkat situasi realisme yang berlaku pada eranya dan dipaparkan  melalui filem-filem arahan mahupun lakonannya.

Kebanyakkan filem P.Ramlee berlatar-belakangkan suasana realiti masyarakat yang berlaku pada ketika itu.

Antara isu yang diangkat oleh P.Ramlee ialah seperti isu kemiskinan, buta huruf, kemelaratan dan lain-lain isu yang sememangnya menggambarkan senario yang berlaku pada era tersebut.

Sekadar memberikan contoh, golongan gelandangan dipaparkan sebegitu susah untuk mencari sesuap nasi, seperti yang digambarkan di dalam filem Penarik Becha.

Begitu juga masyarakat buta huruf sebagaimana yang dipaparkan di dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.

Malah beliau dengan lantangnya mengkritik ketidak-adilan stratifikasi sosial(baca:jurang antara kaya dan miskin)dalam filem Antara Dua Darjat.

Ironikalinya, fikrah idealogi perfileman(dan pemikiran) P.Ramlee sama sekali sangat berlawanan dengan senario pembikin-pembikin filem masa kini yang lebih gemar untuk memaparkan sudut-pandang karya mereka berpaksikan golongan elitis, berorientasikan kemewahan, contohnya bekerja di syarikat multinasional, rumah yang sebesar-besar rumah, rumah ada gelanggang tenis, memakai kereta yang canggih-canggih, gajet canggih-canggih, baju jenama ternama dan aspek yang memperlihatkan ketinggian status golongan kelas atasan.

Jarang sekali kita melihat golongan-golongan sederhana ataupun gelandangan diangkat menjadi tema atau watak utama di dalam sesuatu drama ataupun filem, walhal golongan-golongan semacam inilah yang banyak menjadi asam dan rencah di dalam 
mewarnai masyarakat pasca-kemerdekaan masakini.

Hakikatnya, kita tidak dapat lari dari kemiskinan, eksploitasi, kapitalisma, kuku-besi, bekerja makan gaji, “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang”, “kekejaman situasi hirarki kemanusiaan”, ketidak-adilan stratifikasi sosial, realiti cari-makan, bayar-sewa, periuk-nasi, kekurangan materialistik,