Monday, May 30, 2016

SELAMAT DATANG KE BLOG P RAMLEE SEBUAH LAGENDA

Blog ini dibina untuk Subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan.Ia bertujuan memperingati Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,seorang seniman agung tanah air. Beliau merupakan seorang lagenda yang tidak dapat digantikan.Beliau banyak memberi jasa terhadap dunia seni tanah air.Filem filem dan lagu lagu beliau sentiasa segar di ingatan dan masih meniti di bibir bibir anak muda sehingga ke hari ini.
Kata kata beliau semasa hayat

          "Jika aku mati, aku akan hidup seribu tahun lagi"
                                                                    ~Allahyarham Tan Sri P Ramlee~

Berikut merupakan kata kata beliau semasa hayatnya dan boleh kita lihat bagaimana lagu lagu beliau "evergreen" sehingga ke hari ini diperdengarkan di corong radio.

Blog ini juga memaparkan kisah kisah hidup beliau sejak mula penglibatan beliau di arena seni sehinggalah ke zaman "kejatuhan" beliau dalam dunia seni.







Sunday, May 29, 2016

Kisah Tentang Seorang Lagenda



Nama beliau ialah Teuku Zakaria Bin Teuku Nya' Puteh,lebih dikenali sebagai P Ramlee di sepanjang kerjaya seni beliau. P.Ramlee dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1929,di rumah kelahirannya di Pulau Pinang pada pagi Aidilfitri. Ayahnya bernama Teuku Nya' Puteh Bin Teuku Karim dan ibunya bernama Che Mah Hussin.Ayahnya berasal dari Lhoksemauwe di Acheh Indonesia manakala ibunya Che Mah Hussin berasal dari Kubang Buaya. Namanya dipanggil "Ramlee" kerana kesukaran untuk ibu Che Mah memanggil nama cucunya Teuku Zakaria.Dalam kalangan beliau, beliau juga dipanggil sebagai Puteh Deat" yang bermaksud khas,luar biasa ,dan berani.
P Ramlee juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara",beliau merupakan seorang penyanyi pelakon,pemuzik,pengarah dan penulis lagu yang amat berbakat.Kehebatan beliau dalam bidang seni belum dapat ditandingi oleh sesiapa sehingga kini.




Karakter Peribadi P Ramlee



Mr Kwek Chip (kiri)  dan P Ramlee


P.Ramlee merupakan seorang yang pemurah dan tidak mementingkan tentang wangnya sendiri.Mr Kwek Chip , seorang bekas pengurus di Studio Jalan Ampas pernah menyuruh beliau untuk menyimpan sejumlah wang yang banyak.Namun P Ramlee tidak mengira jumlah wang tersebut cukup atau tidak. Walaupun Mr Kwek Chip tidak terlalu bersetuju dengan perangai P Ramlee yang satu ini, namun P Ramlee membalas " Jika wang itu takdirnya milik kita,ia tidak akan hilang".Ini adalah salah satu perangai P Ramlee yang agak sedikit "pelik".Oleh yang demikian beliau menjadi terlalu pemurah dan tidak teragak agak untuk membantu orang lain yang di dalam kesusahan.Oleh sikapnya yang terlalu pemurah dan mudah mempercayai orang, beliau meletakkan diri beliau ke dalam ancaman pengkhinatan manusia.Itulah yang terjadi pada akhir hayat beliau atas segala kasa dan kebaikan yang dimiliki beliau,sebuah pengkhianatan seseorang yang dipercayainya.Beliau gemar membaca surat khabar ,walaupun begitu beliau tidak fokus dengan bacaanya,Ini menyebabkan beliau selalu ketinggalan berita berita semasa.

Pendidikan


Francis Light School 1939-1941(P Ramlee di barisan hadapan dari kiri)

P Ramlee menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa. dan Francis Light English School dan kemudiannya beliau meneruskan persekolahan di Penang Free School sehingga meletusnya perang dunia kedua.Ketika zaman persekolahannya,P Ramlee terkenal dengan pelajar yang mempunyai tulisan yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai kemahiran berbahasa yang mengagumkan

Semasa penaklukan Jepun,P Ramlee tidak dapat meneruskan persekolahannya.Bagi meneruskan hidup,P Ramlee bekerja sebagai office boy di sebuah kilang timah.Dalam pada yang sama,P Ramlee juga mendaftarkan diri untuk bersekolah di Japanese Army School.Oleh yang demikian beliau mengambil peluang ini untuk belajar bahasa dan muzik Jepun.Oleh kerana sifatnya yang amat ramah serta rajin,P Ramlee amat dikenali di kalangan tentera tentera Jepun pada ketika itu.Di sekolah ini, Ramlee belajar muzik dengan salah seorang tentera Jepun bernama Hirake San.Pengalaman itu telah menjadikan beliau seorang yang amat sensitif dari segi kefahaman tentang muzik serta dapat belajar lagu lagu Jepun yang popular.

Saturday, May 28, 2016

PENUTUPAN MALAY FILM PRODUCTION SINGAPORE

Pada awal 1960-an terdapat satu siri serangan terhadap studio Singapura dengan pekerja meminta gaji yang lebih tinggi dan keadaan kerja yang lebih baik. Pada tahun 1964 Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, di mana beliau menjadi sebahagian daripada Studio Merdeka baru. Kehilangan apa-apa bintang penting, dan penerusan pertikaian buruh, membawa kepada penutupan studio Pengeluaran Filem Melayu Shaw Brothers 'pada awal 1965.Ramlee dibuat 20 filem untuk Studio Merdeka, tetapi mereka tidak pernah mencapai kualiti atau populariti kerja-kerja di Singapura. Pada awal tahun 1970-an pengeluaran filem di Malaysia dan Singapura semakin tiba terhenti. Televisyen telah merebak di seluruh Malaysia, manakala Hollywood, Hong Kong dan Bollywood produksi menjadi diet ruji di pawagam tempatan. Apabila Ramlee meninggal dunia pada Mei 1973, banyak tenaga dan karisma bahawa dia pernah membawa kepada pengeluaran filem Melayu juga lulus warisan on.Ramlee sebagai artis pelbagai, bagaimanapun, terus melayan orang banyak di seluruh Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei. Walaupun kita boleh ketawa, menangis dan menyanyi bersama-sama dengan filem-filem dan muzik Ramlee, bentuk-bentuk hiburan juga mencerminkan perubahan masyarakat Melayu yang dihadapi dalam tahun 1950-an dan 60-an, dengan itu menyediakan tingkap ke masa lalu.


P Ramlee ,Sudin dan Aziz di dalam Filem Seniman Bujang Lapok,Latar Belakang MFP

KEJATUHAN SEORANG BINTANG

P Ramlee Yang tidak tahu langkah beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 kepada isyarat terakhir kejatuhannya dari rahmat - dan kematian awal. Adakah belanjawan bakhil kakitangan dan studio yang tidak mempunyai kerja berpasukan dan kemahiran Itu Adakah beliau pernah - dan ini menunjukkan pada skrin. Kualiti Mengambil menyelam dan ditambah pula dengan persaingan daripada televisyen, dan Hollywood, Hindi dan filem Indonesia, tidak lagi Melayu Adakah filem Menguntungkan. Shaw Brothers ditutup studio.


P Ramlee pergi untu berlakon dalam dua drama TV.P Ramlee juga membuka syarikat beliau sendiri tapi gulung tikar. Beliau tidak pernah menerima sebarang sokongan sama ada dari sektor swasta atau kerajaan. P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, diasingkan oleh dunia seni dan menjauhkan dari dunia filem yang sememangnya jiwa dan cinta .Ironinya, kebanyakan filem-filem beliau masih  ditayangkan di televisyen sehingga ke hari ini.


Studio Malay Film Production

Jatuhnya Seorang Bintang

Pada tanggal 27 Mei 1973, P Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Jalan Ampang ,Kuala Lumpur.Pada tahun 1986, rumah kediaman beliau di Kuala Lumpur diabadikan sebagai Pusttaka Peringatan beliau sebagat simbolik kepada penghargaan kepada sumbangan sumbangan beliau sebagai anak seni yang telah banyak berjasa memajukan industri seni tanah air tidak kira dari segi filem mahupun lagu karya beliau Pada tahun 1982 pula Jalan Parry Kuala Lumpur telah ditukar nama kepada nama senimana agung ini, Jalan P Ramlee.Pada tahun 1990, gelaran Tan Sri dianugerahkan kepada beliau dan pada 2009 pula anugerah 'Dato Amar" dianugerahkan oleh Ketua Menteri Sarawak dalam sebuah majlis menghargai pelakon veteran di Kuching Sarawak.


Gambar Allyarham Tan Sri P Ramlee beberapa hari sebelum kematiannya
Al Fatihah.
Jenazah Allayarham Tan Sri P Ramlee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Ampang
Keratan Surat Khabar Bertajuk "Bapak Dunia Melayu Dah Hilang"
"Kehilanganmu sukar diganti"